5 Sebab kenapa pelanggan tidak mendapatkan perkhidmatan fotografi dari anda

Setiap bisnes wujud untuk menjual sesuatu. Dan tanpa jualan, bisnes tersebut pasti akan mati sendiri. Oleh kerana itu, sangat penting untuk kita mengenal pasti kenapa pelanggan tidak membeli produk atau perkhidmatan dari kita.

Apa saja yang anda jual, cara untuk berjaya dalam bisnes adalah untuk mencari pelanggan yang sudi memberikan kita wang mereka, sebagai tukaran kepada perkhidmatan fotografi yang kita berikan.

Setiap tahun, ada saja bisnes fotografi yang ditutup, studio lingkup, kerana mereka tidak dapat jualan yang cukup dan keuntungan yang cukup untuk meneruskan perniagaan. Dalam artikel ni, saya ingin kongsi 5 sebab mengapa pelanggan tidak mengambil perkhidmatan anda.

Tiada siapa tahu tentang perkhidmatan anda

Anda tak buat marketing. Takde sapa kenal anda. Takde sapa ada idea apa anda buat. Maybe orang ingat dalam fotografi ni, anda lebih kepada hobi. Malah takde apa yang menarik tentang anda utk orang cuba dekati. Macamana nak buat sale kalau takde sapa kenal anda? So.. anda kenalah usaha kenalkan diri pada orang. Cara paling mudah, gunakanlah media sosial dengan baik.

Mereka tidak tertarik dengan hasil kerja anda

Betul ke gambar anda menarik? atau anda syiok sendiri. Mungkin anda percaya anda layak jadi jurufoto kerana kawan kawan baik anda memuji gambar anda… Jangan, dapatkan dulu bantuan dari pakar pakar fotografi untuk meneliti keupayaan anda dalam fotografi. Kalau tak ada ilmu, belajarlah, dapatkan dari mana mana sumber pun. Tapi pastikan authenticated dan verified juga.

Pelanggan tidak mempercayai anda

Tiada kepercayaan, bermakna takkan ada sales. Anda takkan beli dari orang yang anda tak percaya…. atau tak kenal langsung. Anda perlu tingkatkan social currency anda. Pastikan prospek anda mengenali anda dengan baik. Kepercayaan adalah sesuatu yang sukar dicapai dan perlu diperolehi sedikit demi sedikit hari ini.

Tiada keperluan atau kemahuan

Jika prospek anda semua tiada keperluan untuk fotografi, kenapa nak amik perkhidmatan anda. Sebagai cth, anda buat marketing di facebook tapi 90% adalah kawan kawan photographer… cuba fikir…. sebab tu niche sangat penting.. apa target anda, dan built up follower based berdasarkan target niche anda.

Tiada desakan

Anda dah buat marketing, tapi takde sapa nak beli. Well, satu yang perlu difahami adalah manusia adalah makhluk yang suka berlengah, terutamanya bila nak lepaskan duit pada orang lain, kecuali kalau benda tu dia suka sangat. So ada banyak teknik anda boleh menghasilkan “desakan” secara psikologi. Anda boleh pelajari dari buku buku sales atau marketing.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>