Menu

Batteri Rechargeable yang murah dan tahan utk speedlite



Rechargeable batteri yang baik mempunyai harga yang agak mahal dipasaran. Eneloop pro 2450mah saja sudah berharga lebih dari RM69 untuk 4 biji bateri. Sekiranya kita memerlukan 4 pack batteri untuk second flash dan juga backup, pelaburan yang diperlukan saja sudah RM276.00

Awal awal dulu, saya akan membeli batteri rechargable murah di Jalan pasar. Ada macam macam batteri murah dijual disitu. Ada yang tulis sony rechargaable dan macam macam lagi. Tapi selalunya tak tahan lama. Dan saya dapati kuasanya lemah dan cepat habis. Dalam masa beberapa bulan saja pun dah rosak.

 

NON RECHARGEBLE ADALAH LEBIH MAHAL SECARA LONGTERM

Kemudian saya cuba gunakan batteri tesco dan ikea bukan rechargable yang murah tu. Akan tetapi lama kelamaan apabila saya lebih memahami bagaimana flash berfungsi dan macamana cara mengira exposure flash yang mencukupi, saya dapati batteri tersebut sebenarnya tidak mampu memberikan kuasa yang mencukupi untuk menerangi ruang luas dalam dof yang mencukupi untuk sesebuah gambar tersebut. Worst, recycle time juga cukup lambat.

RM15 untuk 4 pcs. sometimes ada offer free 2 more pcs. Buy 2 at RM30 dan anda boleh dapat 3 set batteri. But still expensive dan power pun sederhana saja. Ni gambar batt pack utk NZ

Kemudian saya mencuba batteri energizer lithium yang mahal itu. Memang agak lama tahannya, tapi mana larat nak bayar harganya. Dan kemudian saya stick dengan enegizer e2 atau advanced. Still, harganya pun mahal juga.

Apabila saya mula membeli batteri eneloop , powerex dan juga ansmann, barulah saya merasa seronok menggunakan flash kerana kuasa yang dibekalkan cukup baik. Saya bukan saja boleh menggunakan flash untuk ruang yang luas dan depth of field yang luas, tetapi juga boleh menggunakan dengan berterusan tanpa begitu risau dengan masalah recycle time. Akan tetapi harga batteri ini tetap mahal. Untuk satu dua set memang tak ada masalah, tapi jika kita menggunakan set wireless dengan 3-4 flash, dengan setiap flash dibekalkan dua set batteri, bayangkan harga untuk 8 Set bateri rechargable ni… Maha powerex imedion 2400mah saja sudah berharga RM500++ utk 36 biji di shashinki.

Baru baru ini, ada seseorang menulis tentang batteri LADDA Ikea… ye, saya pun baru tahu ikea ada jual batteri rechargable. Katanya batteri ini seperti eneloop pro tetapi harganya cuma RM37.

Saya pun cepat cepat membeli 2 set untuk percubaan.

Selepas menggunakannya selepas beberapa bulan, saya boleh mengesahkan yang batteri ini memang mempunyai keupayaan seperti eneloop pro dan powerex, memang tahan lama.

Jadi pada sesiapa yang baru menceburkan diri dalam bidang fotografi ni, dan nak jimatkan tentang batteri, batteri IKEA LADDA ni memang terbaik. Anda boleh dapatkan dari ikea berhampiran anda.

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *