Tip Lightroom – Cara betul memadam gambar dari LR

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya ingin berkongsi satu teknik yang sangat penting apabila kita mengurus gambar, iaitu menguruskan gambar yang perlu dipadamkan dari katalog lightroom.

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi proses yang saya sebutkan ini.

Berikut adalah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila menjalankan proses pembuangan gambar

  1. Gambar yang tidak diperlukan, tidak patut wujud dalam katalog lightroom kita.
  2. Gambar-gambar ini hanya mengurangkan ruang kosong dan menyusahkan kita apabila terlalu banyak, sehingga kita tidak ada space untuk gambar lain.
  3. Proses deletion sepatutnya bermula dari dalam kamera lagi, iaitu mengurangkan jumlah gambar yang blur, terlalu under atau over yang tidak boleh digunakan, atau gambar yang memang tidak diperlukan.
  4. Proses deletion perlu di buat lagi melalui lightroom, iaitu menyemak setiap satu gambar yang tidak memenuhi kualiti dan standard yang diperlukan.
  5. Proses backup adalah amat penting untuk dijalankan sebelum proses delete melalui Lightroom dijalankan. Backup perlu dibuat kepada medium storage lain, saya cadangkan external harddisk yang dedicated untuk backup saja, atau medium cloud storage di internet seperti Google Drive, Mega atau AWS. Proses ini penting supaya anda dapat recover fail yang hilang sekiranya anda terdelete gambar penting secara tidak sengaja.
  6. Komputer Kerja anda (workstation), sewajarnya cuma mengandungi gambar-gambar yang anda perlu saja, supaya anda boleh menjadikan komputer anda lebih ringan dan tidak “bloated” dengan gambar gambar “junk” yang takkan digunakan.
  7. Prestasi komputer anda akan bertambah baik jika anda mampu mengurus gambar gambar yang tidak diperlukan dengan baik.

CARA DELETE GAMBAR YANG BETUL MELALUI LIGHTROOM

  • Proses delete gambar perlu dijalankan melalui proses pengkatalogan.
  • Dalam proses ini anda hanya perlu tekan kekunci X pada keyboard anda, pada gambar gambar yang akan di delete. Penanda X bermaksud anda “REJECT” gambar tersebut.
  • Apabila anda telah menanda gambar tersebut dengan kekunci X, Lightroom akan menanda gambar ini sebagai REJECTED, dan anda boleh memadam semua gambar reject sekaligus, melalui menu Photo > Delete Rejected Photos, atau kekunci pantasnya, Ctrl + Backspace

Kelebihan Proses Flagging Ini

  • Apabila anda menggunakan proses flagging ini, anda boleh menanda dahulu gambar yang anda tidak mahu. Dan proses ini anda boleh buat sepanjang anda berkerja dengan koleksi gambar tersebut.
  • Apabila anda telah siap deliver gambar tersebut kepada customer, anda boleh jalankan proses Delete rejected photos ini.
  • Atau anda boleh jalankan proses delete ini, sebulan sekali.
  • Anda boleh menyemak semula apa yang anda mahu delete.
  • Komputer atau laptop anda akan menjadi lebih ringan, tidak bloated, dan harddisk space juga tidak membazir dengan gambar yang anda tidak mahukan.
  • Anda tidak perlu risau kerana anda telah backup dahulu dalam external harddisk atau cloud storage.

Tip fotografi, bagaimana nak mencantikkan gambar

Ada banyak cara kita boleh cantikkan gambar. Kita boleh gunakan ketepatan exposure, kita boleh gunakan teknik composition yang baik, dan kita boleh gunakan kreativiti dalam menggunakan cahaya. Semuanya ini boleh dipelajari dalam bengkel fotografi yang saya anjurkan.

Dalam artikel ini saya ingin berkongsi satu tip ringkas yang sentiasa saya ajar dalam bengkel saya. Selalunya tip macam ini memang kena tunjuk depan peserta dan minta diaorang terus praktikal supaya mereka faham dan paling penting, mudah diingat.

Cuba perhatikan gambar dibawah ini.

Dalam gambar ini ada beberapa kesilapan yang selalu tidak disedari jurugambar baru.

  1. Ada comot pada background. Objek merah di belakang ini sangatlah mengganggu kekemasan gambar. Saya selalu pesan pada peserta, sentiasa fikir kenapa setiap satu objek kecil dalam frame gambar itu anda letakkan dalam gambar… Adakah ia mencantikkan gambar? menambahkan kekuatan cerita? Jika tidak, keluarkan dari frame.  Sama juga tiang melintang di atas kepala. Cantikke macam tu? Lagi masalah.. apa cerita itu simen? lawa ke dalam gambar portrait ada elemen simen…
    Masalahnya.. jika benda itu dah memang ada dalam frame, macamana nak keluarkan? Ok teruskan baca tip no 2 dibawah.
  2. Ok sekarang kita belajar pulak cara paling mudah nak elakkan kotoran dalam gambar.  Saya menggunakan 2 teknik utama untuk memperbaiki mutu gambar.Yang pertama, cari sudut pandangan, dimana subjek utama dapat menutup objek yang mengganggu. Ini langkah paling mudah dan tidak menuntut sebarang upgrade pada peralatan.  Dalam gambar ini saya ambil dari lower angle dan saya kekanan sedikit. Jadi dapatlah saya menutup objek comot tadi.

    Yang kedua, gunakan aperture lebih besar supaya anda mendapat Depth of field yang lebih kecil, jadi kawasan out of fokus menjadi lebih blur.  Sesetengah orang memanggil ini sebagai bokeh. Ok, kita boleh guna term bokeh tu. Tapi tahukah anda apa sebab sebenar bokeh boleh membantu menjadi gambar lebih cantik?.
    Dengan menggunakan aperture seperti f/1.4, latar menjadi lebih kabur dan keseluruhan gambar menjadi lebih menarik. Akan tetapi kita perlu sangat berhati hati apabila menggunakan aperture f1.4 kerana ia boleh menyebabkan kawasan dof terlalu nipis sehingga kawasan muka pun banyak yang blur, ada cara kita boleh mengelakkan masalah muka blur ini apabila menggunakan fastlens. Antaranya dengan meletak wajah dalam plane yang sekata dengan sensor.

Jadi begitulah tips ringkas saya. Walaupun sebenarnya execution bagi proses ini memerlukan banyak lagi pemahaman kepada beberapa perkara, tapi untuk pastikan tutorial ini ringkas dan mudah difahami, saya skip dululah. Insya Allah satu hari nanti saya akan sambung huraikan.

 

Adhadi Mohd Photography Blog

Hi.. Assalamualaikum. Salam hormat dari saya, adhadi mohd.

Kini Adhadi.com dah berpindah ke platform baru iaitu Google Cloud Platform. Free setahun tak payah bayar… tu yang paling best nak dengar tu.

Sebelum ni, webhosting adhadi.com adalah di digitalocean.com. Walaupun pada mulanya seronok juga bina blog sendiri guna wordpress, from scratch. Setup box linux sendiri, configure semua sendiri… tapi akhirnya saya dibebani dengan beban yang unnecessary, sekadar untuk memuaskan kehendak explorasi saya. Lama lama saya decide kena jugak cari satu platform yang lebih mudah dan lebih scalable… dan akhirnya saya temui GCP ni.

Mula mula agak overwhelming, tapi senang je rupanya.

Saya decide untuk tidak migrate semua content yang ada sebelum ni… tapi tulis semula dalam bentuk yang lebih refine, tersusun dan menarik. Yer la… fotografi pun dah banyak update hari ni.

Ada banyak program yang saya dah rancang, dan harap-harap la Allah bagi kekuatan untuk saya meneruskannya. Saya juga berharap sokongan daripada kalian pembaca semua.

Sekian..

Terima Kasih

Adhadi Mohd