Domain name ini terjual untuk hampir RM400 juta!

Domain name boleh dirujuk sebagai lambang professionalisme dan juga brand. Ramai orang menyimpan dan melelong domain name untuk keuntungan. Nama domain lasvegas.com telah dijual untuk USD90 juta.  Nama domain seperti insurance.com, vacationrentals.com, berjaya dijual dengan harga $35 million setiap satu pada tahun 2010 dan 2007, itu lebih dari RM100 juta tau. Internet.com pula berjaya dijual dengan harga USD18 juta dan fund.com dengan harga 10 juta pound sterling.

Lasvegas.com dijual dengan harga 90 juta dolar

Untunglah sapa dapat jual domain mahal mahal ni.

Kena tangkap sebab palsukan pemilikan domain name

Pada tahun 2010, SEX.com dijual untuk harga 13 juta dolar.  Yang menariknya sex.com ni pernah dilibatkan dalam jenayah. Pada tahun 1996 stephen m cohen menggunakan document palsu untuk transfer domain ni kepada beliau. Akibatnya beliau didenda usd65 juta untuk kesalahan ini, dan kemudian dijel selama 4 tahun.

Apakah Domain name?

Domain name sebenarnya adalah alamat sesebuah, atau sekumpulan rangkaian komputer.

Macam adhadi.com adalah sebuah website dan bolehlah dianggap sebuah sebuah komputer yang melayan pengguna yang memerlukan maklumat maklumat tentang fotografi. Saya meletakkan adhadi.com ni di atas platform Google cloud yang murah, mudah dan sangatlah reliable.

Domain seperti google.com, microsoft.com, yahoo.com atau flickr.com merupakan alamat rangkaian komputer yang sungguh besar.

Untuk membina website, kita perlukan domain name untuk memudahkan pengguna menemui website kita. Agak sukar untuk mengingat atau menulis address ip seperti http://30.102.92.65 tetapi adalah lebih mudah untuk mengingat http://www.dolsaat.com.

Cuba lihat website dibawah ni, yang juga merupakan Portal akademi fotografi saya, saya masih menggunakan ip address, belum lagi daftarkan domain name. Sangat sukar nak bagi orang tengok website ni selagi takde domain name.

Adhadi Mohd Online Academy, masih tiada domain name, soon insya allah

Untuk website dibawah ni, saya gunakan sebagai mockup untuk tarik mereka yang berminat nak bina website ecommerce. Saya siapkan A-Z, sampai customer boleh click checkout bayar guna card credit atau debit card. Tapi website macam ni, takdelah saya nak letakkan domain name. Kegunaan internal je. Untuk mereka yang nak tengok cara ecommerce website ni berfungsi, selalu saya terangkan face to face.. tapi sekarang ni kita skype atau google guna remote desktop je la.

Shopping cart untuk Peniaga Online

Domain name kena rembat

6 ke 7 tahun dulu, saya pernah terfikir nak buat tshirt fotografi. So saya announce la kat facebook, nak guna nama iluvfotografi.com. Tak sampai dua jam saya tulis, bila saya nak daftar domain tu… tup tup dah ada orang register. Bengang betul saya. Tapi masa tu saya x dapat tau lagi sapa. Lepas 6 bulan, saya buat whois sikit, bukak domain tu.. dia refer kepada satu blog mamat ni. Cek punya cek memang mamat ni dalam friendlist saya.

Sekadar nak tau, saya mesej la dia, tanya kenapa dia register nama tu. Dia cakap kat saya, sapa cepat dia dapat. Dalam argument tu, terkena jugaklah dibodohkan beliau. Emm… betullah kan. Tapi tak sangka orang macam ni pun ada dalam friendlist saya. Tapi takpe. Pengalaman mengajar yang jgn mudah percaya pada semua orang. Esspecially di facebook. Kawan kawan yang klik butang “friend” dengan kita, bukan kawan lagi. Persahabatan tidaklah semurah itu. Dan hidup ni pun ada turun naik. Hari ni kita buat orang, esok belum tentu lagi kita masih kat atas.

Ini sekadar sharing cerita je la. Realitinya, saya sekadar nak cukupkan 400 words yang SEO recommendation ni suruh. hehehe. Apa pun… moral dari story ni adalah… domain name tu penting, boleh jadi mahal.. dan boleh jadi rebutan.  Dan domain name idea sepatutnya kena simpan sebagai rahsia trade anda ok!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *