Memindahkan WordPress (Export dan Import) & Backup

Memindahkan isi kandungan blog wordpress dulunya sangat sukar untuk dibuat. Kita perlu membuat banyak proses yang rumit dan perlu juga menyemak banyak perkara secara manual. Akan tetapi sekarang adalah tidak lagi dengan plugin yang saya kongsikan ini.

Untuk membuat proses ini, anda perlu install plugin All-in-one WP Migration.

Berikut adalah cara menggunakan All in one WP Migration ini

PROSES EXPORT

proses export adalah proses dimana kita membuat salinan data setiap maklumat di dalam blog wordpress kita. Semua content, theme, plugin dan sebagainya akan disalin dalam fail export ini.

1. Setelah memasang plugin All in One WP migration, kita boleh mengakses menu EXPORT untuk memulakan proses pemindahan.

2. Pilih option FILE untuk mengisi data blog ke dalam file salinan

3. Ikut arahan seterus, dan tunggu download selesai. Pastikan anda letak fail download dalam tempat selamat.

 

PROSES IMPORT

Setelah proses export selesai dan kita telah mendapat fail salinan, anda perlu login pada Blog WordPress baru yang anda mahu isikan data dari blog lama.

Install plugin All in One WP Migration dan terus click pada menu Import.

2. Click import kepada file, dan ikut arahan seterusnya. Apabila selesai, anda mungkin perlu membuat sedikit perubahan seperti permalink dan sebagainya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *