Mengenal DOF kecil dan DOF luas – Depth Of field

Assalamualaikum wbt dan selamat hari raya. Maaf zahir dan batin atas segala kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang anda melayari blog saya.

Dalam tutorial ni saya nak kongsikan perbezaan antara Depth of field kecil dan depth of field luas. Ramai yang masih keliru dan kurang faham apa maksudnya.

Depth of Field Kecil

Gambar dengan dof nipis

Gambar cookies di atas mempunyai dof yang kecil, atau nipis. Actually cookies ni choc munch je, beli kat kedai. Masa shoot ni saya sedang mengajar teknik available lighting kepada pelajar bengkel fotografi lanjutan.

 

Depth of field kecil maksudnya, kawasan yang nampak sharp tu kecil je kawasannya. Cuba lihat gambar biskut ni, foreground agak blur. Dan sebahagian biskut juga blur. Yang sharp pada sesetengah area saja.

Depth of field kecil adalah satu composition tool yang powerful untuk mengenengahkan Point of interest (poi) atau titik yang menarik. Dengan menggunakan dof kecil, mata akan tertumpu kepada poi. Kenapa? Saya akan kongsikan sebabnya secara teknikal dalam bengkel asas fotografi saya.

Gambar diatas ini juga mempunyai dof yang kecil. Walaupun gambar ini adalah dari kategori environmental portrait, dimana kita menampakkan scenery sekeliling portrait, tetapi saya decide untuk focuskan pada subjek. Tahukah anda poi dalam gambar ini bukan subjek itu sendiri… tapi something else… nak tahu? click disini ya.

Depth of Field Luas

Gambar dibawah ini mempunyai Depth of field yang luas. Dimana ketajaman maklumat dalam gambar ini, adalah dari foreground hinggalah bucu background.

Jadi, kalau sharp? kenapa air dia blur? Ok. Pergerakan air kita panggil motion. Dalam gambar yang 2d ni, kita perlukan sense of movement untuk menampakkan objek yang bergerak, nampak bergerak. Motion blur menunjukkan movement.

Gambar afiq ini juga mengandungi Depth of field yang luas. dimana kita masih nampak dengan jelas struktur bangunan, tingkap, bentuk, permukaan dinding dan sebagainya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *