Menggunakan TV LED untuk editing?

Antara soalan yang selalu dikemukakan oleh peserta kursus adalah pakah monitor yang sesuai untuk editing. Selalunya apabila saya mengesyorkan monitor tertentu untuk dipertimbangkan, mesti ada yang bertanya tentang penggunaan TV sebagai monitor. Saya percaya pembaca juga pasti ada yang tertanya-tanya tentang perkara ini.

Berikut saya senaraikan beberapa perkara yang harus dipertimbangkan apabila kita memilih monitor

  1. Penggunaan monitor yang utama adalah untuk membaca website, menulis dokumen dalam word, dan sebagainya. Berbanding editing, sebenarnya saya sendiri lebih banyak menggunakan komputer untuk membaca facebook, menonton youtube dan lain lain. Ini semua memerlukan monitor memaparkan tulisan dalam saiz font yang kecil. Paparan Teks pada tv sebenarnya adalah amat buruk sekali berbanding paparan teks pada monitor komputer. Font kelihatan tidak smooth dan sangat berbucu. Anda akan mendapat kesukaran membaca teks, mengakses menu menu dalam perisian kerana paparan teks yang tidak sharp seperti monitor.
  2. TV besar, direka supaya ditonton sekurang-kurangnya dari jarak 4 kaki. Penggunaan monitor memerlukan kita berada dalam jarak kurang dari 2kaki dihadapan monitor. Kebanyakan meja komputer juga adalah dalam lingkungan 2 kaki saja. Meletakkan tv besar bersaiz 40 inci akan menyebabkan semua content pada tv kelihatan terlalu besar dan dekat. Mata anda juga sukar untuk catch up isi windows dari kiri ke kanan dan juga pada belah atas eyelines anda. Anda akan terpaksa mendongak sedikit untuk melihat content dibelah atas. Dan jika boleh pun akan menyebabkan mata cepat letih. Penggunaan monitor pada saiz 27 inci kebawah adalah sangat disarankan untuk setup meja komputer yang normal.
  3. TV direka khas untuk memaparkan gambar yang sentiasa bergerak dan “ghosting”, ianya tidak direka untuk mempaparkan gambar dengan ketepatan yang tinggi. Sementara monitor direka untuk papar gambar still pada high resolution.
  4. Bagaimanapun TV besar dengan sambungan HDMI masih memberikan paparan imej yang cantik untuk galeri, untuk tethering atau sebagai second loupe display pada lightroom.
  5. Warna TV juga selalunya lebih vivid, contrast dan lebih punchy dan sharp apabila memaparkan gambar. Jika anda memerlukan accuracy dalam photo viewing, anda akan mendapat masalah.
  6. TV juga memerlukan special color calibration tool berbanding monitor yang mudah diperolehi.

Jadi ini antara sedikit fakta yang saya boleh kongsikan apabila anda berhasrat menggunakan TV sebagai monitor dalam editing. Bagaimanapun, utk editing video mungkin tv sangat menarik digunakan sebagai preview yang besar dalam studio editing. Tetapi untuk photographer, malah untuk kegunaan biasa, saya tidak mengesyorkan penggunaan tv kerana ia tidak menepati keperluan kita yang memerlukan peralatan visual yang precise.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>