Mitakon Speedmaster 135mm f/1.4 dilancar

Mitakon telah melancarkan semula lens mitakon Speedmaster 135mm F1.4 , dan kini menawarkannya dalam 7 pilihan: Sony A, Sony E, Canon EF, Nikon F, Fujifilm G, Pentax K, dan Leica L (dalam senarai mengatakan Leica T). |

Lensa Mitakon ini mempunyai bukaan F1.4 hingga F16 bersama cincin fokus manual tanpa klik, jarak fokus minimum 1.6 meter, 11 elemen dalam 5 kumpulan (termasuk tiga elemen penyebaran tambahan yang besar) dan berat 3kg / 6.6lbs.

Kanta Mitakon berjaya menarik perhatian popular beberapa tahun lalu sebagai lensa terpantas di dunia dengan 135mm. Pada pelancaran asal pada Oktober 2015, kanta Speedmaster 135mm F1.4 berharga $ 3,000. Kanta ini sekarang disenaraikan untuk pra-pesanan melalui Shotenkobo Online Store dengan harga tempahan ¥ 60,000 / $ 530 USD atau RM2215, which.. sangatlah murah sebenarnya.

Jadi untuk peminat Lensa telefoto dengan bukaan 1.4, inilah peluang anda untuk meluaskan kreativiti lagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>