Panduan memilih Water filter (berdasarkan pengalaman memiliki coway petit selama 5 tahun)

Assalamualaikum wbt.

Hari ni baru ada kesempatan nak share tentang memilih water filter ni. Panduan ni boleh digunakan untuk sapa sapa pun sama ada anda adalah orang yang berkemampuan ataupun tidak.

Sebelum coway saya menggunakan filter bacfree dan berhenti menggunakannya dalam 7 tahun lepas.

Dalam 6 tahun lepas, saya telah memilih sebuah mesin coway petite sebagai filter dan dispenser dirumah saya. Bayaran yang dikenakan adalah dalam RM110 sebulan dan saya telah membayar selama 5 tahun. Ini bermakna saya telah membayar sebanyak RM6600.00. Sepanjang 5 tahun ini, penukaran filter, waranty dan pembersihan mesin adalah 100% percuma dan coway lady akan datang 2 bulan sekali.

Petit coway

Dan selepas habis tempoh pembayaran, anda perlu membayar coway sebanyak RM500 setahun untuk meneruskan perkhidmatan penukaran filter, waranti dan pembersihan. Oleh kerana saya enggan melanggan perkhidmatan ini, coway menegaskan yang mereka takkan membekalkan filter gantian walaupun saya mahu membeli filter gantian ini. Jadi saya pretty much screwed up unless saya terus membayar  mereka.

Kakak saya juga ada membeli coway petit ni dengan cara cash, atau sekali bayar je terus. Mereka menerima perkhidmatan ganti filter, cucian dan waranty selama setahun. Selepas setahun mereka juga tak dapat membeli filter gantian kerana enggan terus membayar RM500 setahun kepada coway ni. Jadi mesin coway tu terbiar begitu saja bila dah tersumbat.

Permintaan saya kepada agent agent coway untuk mendapatkan maklumat gantian filter juga tidak begitu memberangsangkan dimana saya diejek dan dikecam oleh mereka. Antara ayat yang tak boleh dilupakan adalah kata kata manager coway dimana beliau menegaskan filter coway ni adalah untuk premium people, sebab itu mereka meletakkan membership dan enggan membenarkan pelanggan menukar sendiri filter. Agak pelik juga kerana sparepart BMW tak susah pun nak beli kat mana mana.

KENALI MASALAH SEBENAR ANDA SEBELUM BELI FILTER

Sebenarnya saya dah salah buat keputusan masa beli filter. Ye lah kita cuma concern pasal air kuning syabas tu. Tak tergamak nak bagi anak minum air berkeladak. Jadi masa tu pengetahuan takde sangat jadi saya belasah je la apa yang sangkut masa tu. Kebetulan pergi mydin ada orang jual filter coway tu, jadi kita sign up je. Saya tak ambil port pun pasal filter gantian dan membership ni. Tapi sekarang ni saya nak share sikit knowledge saya.

Sebenarnya, filter dan dispenser coway ni tak boleh selesaikan masalah saya sepenuhnya. Saya dapati, filter coway petit kami ni akan berhenti berfungsi selepas beberapa ketika selepas dicuci. Kalau nasib baik, bolehlah tahan dalam 3-4 minggu. Kemudian ia akan berhenti berfungsi. Mula mula saya tak tau kenapa. Saya just akan call customer service coway dan mereka akan hantar coway lady (sometimes coway man… ).  Sometimes mereka datang cepat, tapi mostly mereka akan datang lambat. Sometimes lepas 2 minggu baru mereka datang. Dan kadang kadang kena call 3-4 kali baru datang orang. Walaupun pembersihan ikut jadual berkala tu prompt, tapi bila masalah tak jalan ni, makin lama makin slow dan lembab dia datang.

Selain itu juga saya dapati, saya takleh depend pada filter coway petit ni sebab tank dia kecik. Seringkali kalau saya gunakan air mesin ni untuk masa air dan masak sup sekali, abis dah isi air tank tu, pastu kena tunggu agak lama sikit sampai penuh. Kekadang 2-3 jam baru penuh balik. So kalau masak bersup tu, memang takde air minum la. Kena pagi pagi tu isi dalam botol simpan dalam peti sejuk. Hehe.

So, selepas abis bayar 5 tahun dan bila saya cuba figure out masalah tu sendiri, barulah saya sedar yang sebenarnya masalah sebenarnya adalah Filter sediment tu sentiasa tersumbat! dan ianya adalah disebabkan oleh 2 factor…

  1. Air syabas memang sangat berkeladak
  2. design filter sediment itu memang akan menyebabkannya tersumbat

Tapi masalahnya, sekiranya saya tak ambil service coway yang RM500 setahun tu, mereka takkan jual filter sediment tu pada saya. So… pening la jugak.

Pertanyaan saya di coway facebook page tidak mendapat response. lepas 2 minggu baru mereka reply. Agent-agent coway pun tak layan. Alhamdullilah akhirnya ada seorang agent cuckoo yang pm dan sudi membantu memberikan maklumat macamana nak tukar filter ni. Bila saya tulis kat facebook ucap terima kasih pada agent cuckoo ni, berderet deret agent coway masuk fb saya dan mengecam saya. Normal la tu.

So, akhirnya saya bukak sediment filter tu, cabut, bypass terus dan pasang ceramic filter di luar filter coway. Ceramic filter ni tahan lama, dan lepas 4-5 bulan pakai pun takkan berhenti berfungsi. Untuk menggantikan filter coway neo sense, saya pilih doulton supercarb dimana ianya ada dua fungsi, sama macam neo sense iaitu sediment filter dan active carbon filtering. Active carbon ni akan bagi air tu bau dan rasa dia ok.

Saya sangat syorkan sesiapa yang beli Water purifier macam coway, cuckoo, supaya pasang doulton ceramic filter dari water source ke filter anda. Insya Allah coway atau cuckoo anda takkan tersumbat.

SEBENARNYA YANG SAYA PERLUKAN ADALAH OUTDOOR FILTER YANG BAIK

Selepas semua masalah ni, saya baru perasan yang masalah utama saya adalah outdoor filter saya tak berfungsi dah. Memang ada satu big blue housing kat luar. Tapi rasa 10 tahun x bukak tu. So saya try la bukak tengok. Malangnya saya tersilap pusing dan meter syabas tu pun patah. Tak pasal pasal kena call syabas dan kena bayar RM40. Yang paling sakit tu, dekat 2 hari jugak diaorang nak datang.

Lepas dapat bukak big blue tu baru saya sedar yang pleated filter tu dibuat dari paper dan dah bocor bocor semua. hehe. Saya ingat buat dari plastic. So kena la tukar. Tukar filter ni cost me rm50. Kena beli kat lelong. Kedai filter sekitar subang ni tak jumpa la plak.

Dalam perancangan saya, sekarang ni saya nak tukar outdoor filter ni kepada yang elok sikit. Memang ada banyak option bila cerita outdoor filter ni, tapi saya sedang memilih-milih. Sekarang ni top choice saya adalah Ultra Filtration system. Dari pembacaan saya, UF membrane ni bawah sikit je dari Reverse osmosis, iaitu filtration pada 0.01 micron. Sedangkan filter outdoor yang banyak dipasaran sekarang ni, cuma provide 5 micron filtration. Juga yang penting, ultrafilration system ni tak mudah tersumbat, dan ada back wash system.

Sepanjang saya mencuba, trial and error, banyak juga persoalan yang saya fikirkan dan ramai juga yang bertanya kepada saya. Disini saya listkan kebanyakan soalan tersebut, dan jawapan saya. Tak semestinya jawapan saya betul, tapi hopefully ia akan beri sedikit idea.

 

SOALAN & JAWAPAN BERKAITAN WATER FILTER

 

Ada ke Filter yang tak halal?

Ya ada. Filter active carbon boleh dibuat dari BONE CHAR. Bone char adalah tidak halal untuk digunakan ikut fatwa jakim. Saya lupa dah mana link dia. Boleh google atau direct contact jakim.  Namun tak susah nak check samada filter anda menggunakan bone char. Semua active carbon akan tulis material dia. macam ni adalah bone char filter. Kebanyakan active carbon yang dijual dimalaysia adalah dari jenis coal, wood, bamboo dan coconut shells. Just elakkan membeli filter dari jenis bone char.

Jgn pakai yang bone char ni.. haram… tapi susah dapat kat msia ni.

Betul ke Air Paip Malaysia merbahaya dan boleh bawak penyakit?

Yang kuning dalam air paip kita tu adalah keladak yang berada dalam tangki distribution atau paip kita sendiri. Water treatment malaysia adalah antara yang paling ketat dalam dunia. Dan jabatan kesihatan akan pantau dari masa kesemasa. Salah seorang sahabat saya Dr Lin Hamid pernah mengikuti meeting panel berkaitan air ni dan dia sendiri tegaskan yang proses water treatment di malaysia ni sangat baik. Air paip insya allah selamat diminum kalau ikut spec kementerian kesihatan. Tapi masak dulu laaa untuk matikan bacteria dalam tu.

Sebenarnya air kat negara maju pun banyak yang berkeladak juga. Tapi diaorang pasang filter la. Dengan memasang outdoor water filter, walaupun jenis yang rm10 tu, akan memberikan kualiti air yang lebih bersih untuk anda.

Agent water filter kata penyakit akan datang dalam 10-20 tahun lagi. 

Boleh mintak dia berikan report kementerian kesihatan pasal kes ini. Selalu kementerian kesihatan akan keluarkan statistik, macam berapa ramai mati eksiden, berapa ramai mati sebab merokok. Kalau ada report rasmi yang laporkan dalam 1% populasi msia ni menderita disebabkan air paip kotor, then kita boleh la percayakan dia. Kalau sembang kosong saja takde report dari KKM, itu namanya gebang dan kita janganlah bodoh sangat termakan gebang penjual. Jika statement dia benar dan dia adalah seorang yang jujur, dia pasti bawak salinan report original untuk backup statement dia.

Oh ye, salinan suratkhabar negara lain tak boleh pakai. Kena report KKM juga.

 

Apa filter yang terbaik?

Tak pasti dan tak tau. Saya cuma cari filter yang boleh bagi air bersih dan selamat, serta berpatutan harganya. Semua jenama filter claim filter mereka yang terbaik. Pilih ikut kemampuan. Apa saja filter boleh, janji berfungsi dengan baik. Kalau nak cakap korean filter yang terbaik, abis yang jenama london takkan la tak boleh dipakai. Yang penting, kita gunakan NSF certification sebagai panduan kita.

 

Antara Coway abang dengan Outdoor filter tu, mana patut beli dulu? budget kecik ni

Honestly saya takkan beli apa apa dari syarikat coway lagi. Maybe dengan syarikat lain la… tapi sekarang saya dah ada sikit sikit knowledge pasal water filter, dan saya tak kisah dari mana saya beli. Yang penting ia berfungsi. Apalah gunanya beli barang berkualiti tapi harga terlalu cekik darah, kemudian kena bayar lagi sampai mati. Terima kasih sajalah. Banyak lagi option yang tak mencekik. Baik saya simpan duit tu untuk saving anak saya.

Saya cadangkan beli outdoor filter. Gunakan 5 micron tu pun better dari takde langsung. Saya pilih outdoor filter sebab dia akan bersihkan air secara keseluruhan dulu, iaitu menapis keladak. Air tu kita masih boleh masak dan selamat diminum. Sebaiknya beli filter outdoor dan pasang satu filter active carbon untuk tap air minuman kita.  Masak air tu. The best drinking water adalah air masak.

 

Apa recommended Outdoor Filter?

Saya recommend Ultrafiltration system. Boleh refer dari link dibawah. Saya tidak menjual atau mengambil keuntungan dari link ini. Beli sendiri dengan common sense.

Lelong List : Ultrafiltration (RM400-RM3000)

Lazada list : Ultra Filtration

 

 

Apa beza Water Filter, purifier dan dispenser?

Water filter untuk menapis air dari kotoran. Sebarang method water filter boleh digunakan.

Water Purifier untuk membersihkan air dari kotoran sehingga selamat diminum secara terus. Ultrafiltration dan reverse osmosis boleh diminum terus, tapi untuk treated water dan definitely bukan untuk seawater. Ground water macam air perigi, dinasihatkan dimasak dahulu.

Water dispenser adalah bekas yang boleh keluarkan air. Samada air sejuk ke, air panas ke. Janji dia keluarkan air, itu water dispenser. Water dispenser adalah item luxury, utk orang yang nak menjimatkan masa jerang air. Tapi kalau gaji pun cukup cukup makan tapi ada hati nak bermalas malas masak air sampai sanggup berhutang RM100 sebulan kat syarikat jual water filter, tak tau nak cakap apa la.  Kalau dah tau miskin, rajin-rajinkanlah diri sikit. Masak air pun malas , tak tau la benda lain camna malasnya.

Coway petit yang saya miliki adalah contoh water purifier dan water dispenser. Ok saya bukan pemalas tau, takde masalah masak air. Saya hanya terpesona dengan janji manis jurujual.

Doulton Ultracarb set macam dibawah ni adalah water purifier. Boleh cari di lelong.com.my atau lazada. Kelebihan sistem macam ni adalah dia tak payah pakai letrik dan air tak perlu masuk tank dulu. Kita boleh terus ambil air dan terus masak nasi, boleh masak sup, boleh masak tomyam, tanpa risau tak cukup air minum pastu.

Sistem Doulton Ultracarb, edisi orang miskin. Air boleh diminum terus. Macam ni bawah RM200. je. Boleh tengok link ni. 

 

Doulton Ultracarb Countertop – Original. Edisi orang kayo

 

Apa kelebihan kalau kita pasang outdoor filter dulu?

Kelebihannya adalah, kita ada air yang lebih bersih untuk dimasak, untuk basuh baju, untuk mandi.

Baju pun tak kuning. Cuba tengok air mandi rumah saya bila takde filter outdoor, tapi ni masa tengah catu dulu la. Sekarnag ni pun kalau tak pakai outdoor filter still kuning lagi.. tapi banyak sikit kumpul baru nampak kuningnya.

Walaupun Syabas gerenti air ni bersih dan selamat…  Kalau bagi air ni suruh diaorang bagi anak diaorang mandi, nak ke. Tapi ye la… kita tak tau benda ni datang dari mana, mungkin dari tangki distribution taman tu… Saya takde masalah mandi air gini.. kampung dulu selamba je berendam dalam sungai parit botak.

Air syabas yang tak difilter, satu masa dulu, masa tengah catu.

 

Apa Kekurangan Bila Pasang Filter Outdoor dulu?

Air still kena masak. Dikatakan ultrafiltration technology ni boleh filter sampai 0.01 micron. Tapi i dont know..saya prefer masak kot. Tapi saya takde masalah pun nak teguk macam tu je. Dikatakan ultrafiltration tak boleh filter virus. Tapi KKM dah gerenti takde virus dalam air.  But shit can happen.

 

Yang Abang recommend Doulton tu Selamat ke?

Doulton ultracarb dan doulton supercarb menerima certification no 42 dari NSF. Badan yang sama certify coway dan semua filter dalam dunia. Boleh semak list disini http://info.nsf.org/Certified/DWTU/Listings.asp?Company=13790&Standard=042 . 

 

Bang, tak mampu le beli Outdoor water filter tu. Ada option murah sikit tak.. bawah RM100.

Cari housing macam ni. Kat lelong cuma RM35 saja. Click link ni.Pasang selepas meter. So boleh guna untuuk filter keseluruhan rumah. Jangan lupa masak dulu. Filter catridge poly tu bila nak beli, cari kat diy, cari yang 1 micron, RM10 dapat 3. Cukup untuk filter sediment tapi tak cukup untuk filter bacteria. Sekali lagi jgn lupa masak. Insya Allah semua selamat.

Kalau rasa terbeban dengan filter poly ni, asyik nak kena tukar, try tukar dengan filter Ceramic macam kat bawah ni. Filter ceramic ni ada kat diy dalam rm35-100. Kalau kuning.. cuci je pakai scrubber basuh pinggan.

 

 

Air rasa tak sedap, saya cuma nak air rasa sedap. Apa yang perlu saya pasang?

Untuk bagi air rasa sedap, install active carbon filter. Sebaiknya Doulton supercarb diatas sebab dia ada active carbon element dalam dia.

 

Apa beza Reverse Osmosis dan Ultra Filtration, Microfiltration dan sebagainya?

RO atau reverse osmosis akan filter semua benda lain dalam air, termasuk mineral yang badan perlukan. Tapi katanya kita boleh dapat mineral tu dari bahan makanan lain lain. So far takde report pasal deficiencies akibat penggunaan RO water. Walaupun RO ni cara paling terbaik untuk purify air, ia juga mempunyai kesan buruk juga, iaitu air buangan. Dari setiap 1 bahagian air RO kita dapat, kita akan buang 3 bahagian air. Dan ini satu pembaziran. Walaupun tak banyak mana pun, tapi still membazir juga.

Dan Ultra filtration pun bukanlah perfect. UF tak boleh filter virus. Tapi macam KKM tulis, tiada virus dapat dikesan dan proses ni diorang buat setiap masa. So, have faith sikit pada orang orang KKM. Thanks for the good work!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *