Pro Video Editing Software yang percuma

Assalamualaikum wbt.

Sedikit info sebelum memulakan tutorial hari ni. Bengkel fotografi seterusnya akan diadakan pada 8 dan 9 julai 2017 di studio kami di seksyen 22 shah alam. Pendaftaran bersama akan diberikan diskaun sebanyak RM100.  Boleh click pada menu link kursus fotografi untuk maklumat lanjut ya.

 

Ok.. so hari ni saya nak share 2 software editing video yang percuma yang anda boleh download dan pakai.. foc, tiada bayaran.  Kalau selama ni anda pakai premiere atau final cut pro, tapi mungkin anda pakai version cetak rompak, memanglah full tapi kalau ada memikirkan pasal rezeki yang kita suap anak anak atau menyara orang tua kita, mestilah kita nak yang berkat. Jadi disini saya kongsikan alternative untuk anda, so tak perlulah kita guna dari sumber yang haram. Takut dah lama sangat pakai, camne nanti nak mintak halal? sedangkan diaorang dah letak harga untuk penggunaan software tu semua.

 Davinci Resolve oleh Black Magic

Davinci resolve ada 2 edisi, satu yang free, satu lagi Studio version, yang studio version berharga USD299.

Perbezaan antara Free version dengan Studio adalah:

  • Support for multiple GPUs
  • 4K output
  • The new collaboration tools
  • Motion blur effects
  • Temporal and spatial noise reduction
  • HDR tools
  • Lens distortion correction
  • De-interlacing
  • Resolve FX Lens Flare Lens Blur and Film Grain
  • 3D stereoscopic tools
  • Remote rendering
  • External database server

Tapi dari segi editing, semuanya cukuplah kalau setakat nak edit gambar family, product, instagram video malah video event fotografi perkahwinan! Sebenarnya Resolve ni adalah world class color grading, high quality audio mixing editor dan digunakan oleh ramai filmmaker termasuk dalam film Dawn of the Planet of the Apes dan X-Men days of future past.

Davinci resolve memerlukan 16GB ram (8gb minimum), 64bit operating sistem dan GPU yang baik.

Avid Media Composer First

Film wonder woman, Guardian of the galaxy , Star Wars The force awaken, The martian, Beauty and the beast dan banyak lagi, juga menggunakan perisian avid composer dalam proses penyuntingannya. Full version software ini berharga USD1000, tetapi anda boleh mendapatkannya percuma hari ini untuk Free edition.

Anda boleh menggunakan avid media composer dengan pelbagai media, dan anda mempunyai pelbagai tools seperti pembetulkan gegaran, pembetulan lighting, misaligned shot, title dan banyak lagi. Menggunakan avid media composer juga lebih mudah berbanding menggunakan premiere. Color grading untuk cinematic mood dan macam macam lagi juga disediakan.

Tutorial menggunakan avid media composer juga banyak diinternet.

Download melalui link ini : http://www.avid.com/media-composer-first