Teknik Marketing untuk jurujual – Tip bina profile media sosial yang tip top

Sekiranya anda terlibat dalam dunia jualan, atau pendek kata perlu melakukan marketing untuk meningkatkan jualan syarikat atau perkhidmatan anda, anda perlu bekerja keras dalam pelbagai aspek. Selain melakukan proses jualan itu sendiri, anda juga perlu menitikberatkan kewujudan media social anda. Media social seperti facebook, instagram, twitter, youtube, pinterest, tumblr dan linkedin sangat penting hari ini dan ia mewakili brand anda. Jadi itulah topik hari ini, saya akan kongsikan serba sedikit macamana nak buatkan profile media sosial kita lebih tip top!!!

Sebagai jurujual professional, kita tak ada banyak masa sangat untuk asyik menghidupkan media social. Akan tetapi, sedikit kerja tetap diperlukan untuk menjadikan profile kita kemas dan efektif. Kerja kerja berikut adalah:

  • Gunakan gambar profile yang professional
  • Tulis value presenting headline
  • Bina search-optimized summary
  • Tambah search optimized skills
  • Tambah recommendations yang membina kepercayaan kepada anda.

Gunakan gambar profile yang professional

Dalam 3 saat saja, kita kebanyakan manusia akan membuat assumption atau jangkaan kepada seseorang, adakah orang ini wajar kita buat urusniaga atau tidak. Masalahnya ialah, assumption ini dibuat berdasarkan profile photo saja. First impression ni, kita boleh buat sekali je.  Mungkin in reality anda seorang yang peramah dan memang trustworthy, tapi prospek anda tak tau itu. Dalam dunia online, first impression anda adalah profile picture!!

Gambar yang anda pilih akan menunjukkan anda sebagai seorang insan dan memaparkan reputasi anda. Gambar yang betul akan menampakkan imej yang betul. Apa imej yang ingin anda paparkan? dan bagaimana menghasilkan portrait yang sesuai untuk tujuan tersebut? Jika anda tak pasti… insya Allah saya boleh membantu anda kerana kepakaran saya antaranya adalah dalam bidang fotografi portrait!

Tulis Headline yang menunjukkan apa nilai anda mahu bawa…

Headline bukanlah label.. label menunjukkan apakah anda… headline sepatutnya menunjukkan apa nilai anda bawa kepada prospek anda. Seorang professior di penn state telah membina the assertion-evidence model, dimana beliau menemui yang headline menarik dalam bentuk ayat, dengan di sokong oleh bukti visual, mempunyai daya tarikan dan ingatan yang lebih tinggi.

Search optimized Summary

Summary adalah pengenalan kepada perkhidmatan atau perniagaan anda. Sekali lagi, value presenting content perlu di tulis disini. Ianya bukan 100% mengenai anda, tetapi apa yang anda boleh bantu prospek anda. Prospek cuma berminat dengan apa yang boleh membantu mereka. Jadi, setiap tulisan anda perlulah berkenaan tentang value yang mereka akan perolehi.

 

Ok buat masa ni, ini saja saya boleh kongsikan dalam tulisan ini. Duty calls.. Saya berharap profile media social anda pun akan menjadi lebih baik selepas ini, insya allah. Sama sama kita bertambah maju ye.. insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>