Tip fotografi – Shooting Outdoor waktu terik..

Tip fotografi – Shooting Outdoor waktu terik..

Shoot group waktu terik adalah tricky. Sebab kalau kita letak subjek bawah tempat redup, background yang terang tu akan terlalu terang dan jadi putih saja jika kita expose properly pada subjek.

Dan shoot group photo memerlukan dof yang agak luas utk dapatkan sharpnes dari bucu kebucu, depan ke belakang, tak kisahlah indoor atau outdoor. Anda wajib memberikan sharpness secara total tanpa gagal.

So trick dia adalah simple, buka flash dan halakan direct pada subjek.

Click untuk lihat Sample berkualiti tinggi . ISO 200 / F7.1 /1/160sec . 2 flash, on camera + wireless dari sudut

Disini juga tricky sebab kita perlu kawal dua exposure iaitu exposure pada latar dan exposure flash pada subjek. Kita memerlukan flash yang cukup kuat utk dipancarkan pada nilai aperture yang kecil untuk medapatkan dof yang cukup.

So… try dapatkan good flash, tak semestinya mahal tapi perlu punya kekuatan pancaran yang tinggi. Antara flash yang mempunyai kekuatan yang tinggi adalah nikon sb900/910, canon 600ex dan yang berada pada tahap yang sama.

Jika satu unit flash tidak mencukupi, anda perlu menambahkan unit flash satu lagi. Disini penggunaan teknik MASTER and SLAVE perlulah digunakan. Anda mahu flash master juga menyala, bukan slave saja.

Penggunaan payung untuk melembutkan cahaya, adalah bergantung pada jenis gambar yang anda sedang shoot. kalau beauty pageant mungkin kena pakai payung. Yang saya rakam hari keluarga yang penuh action jadi hardlight takde masalah kot.

MENGGUNAKAN TEKNIK EDITING

Bila wajah dalam shadow, kita boleh naikkan slider shadow dan black untuk increase brightness pada wajah. Tapi sebaiknya jgn amalkan sebab kadang kadang kita tak tau berapa banyak shadow tu kita boleh naikkan. Kalau sedikit takpe, tapi kalau terlalu tinggi, kita akan dapat masalah dari segi kualiti. Wajah akan menampakkan noise yang banyak. Mungkin ada yang kata shoot raw boleh membantu, yes, betul. Tapi tetap ada limit. Lebih baik handle terus masa shoot. Save masa anda… spent lebih pada keluarga, jgn spent pada editing.

 

Dalam gambar outdoor diatas, since saya menggunakan non HSS flash, dan aperture pada 7.1, saya mungkin boleh menggelapkan sedikit latar dengan menaikkan shutter speed kepada 1/200s. Kedua dua kuasa flash adalah pada 1/1. Target saya adalah mendapatkan semua muka dalam frame cukup cerah.. tetapi dalam masa sama, langit yang tidak terlalu blown out, sedikit blown out tak apa, sebab boleh recover dalam lightroom. Jika gunakan 2unit 600EX mungkin saya boleh dapatkan langit yang lebih gelap dengan mengaktifkan HSS.

MASALAH DENGAN LOW POWERED FLASH

Untuk shoot gambar outdoor macam ni… kita tak boleh depend pada low powered flash. Kekuatan pancaran cahaya Canon 430 ex II atau sb700 mungkin tidak mencukupi untuk digunakan pada aperture yang lebih kecil untuk dapatkan dof yang lebih luas. Jangan lupa anda bukan saja perlu berdiri pada satu jarak yang jauh… malah flash anda perlu cover dari bucu ke bucu. Apabila zoom flash anda melebar… jarak kuasa pancaran yang efektif juga semakin melemah. Ini telah diajarkan semasa kita belajar tentang inverse square law dalam topic flash.

juga ada banyak third party di luar sana, macam low entry nissin atau yungnou. Flash ini x mempunyai kekuatan yang cukup untuk memberikan dof yang cukup.

BUDGET FLASH YANG PANCARANNYA CUKUP KUAT

Jika anda tak mampu mendapatkan unit flash high end seperti Canon 600ex rt atau nikon sb910, jangan risau, saya ada cadangan untuk anda.

Sebelum ini saya akan memilih untuk menggunakan outdoor strobe unit seperti ad600.  Boleh juga mengunakan godox ad200, ringan sikit tapi still mahal juga.

Last week Reza amir meminjamkan saya godox 860 II unit. Ianya adalah flash unit yang sangat kuat dan sangat membantu untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Mula mula saya pun tak berapa percaya sangat, tapi selepas menggunakannya sendiri, yes.. flash murah ni adalah sangat power.. dan kuasa batteri rechargable sangat tahan lama. 2 job dan tak habis lagi, seperti yang beliau katakan. Dan saya ni bila pakai flash memanglah sangat heavy duty. Selalu kena stress flash tu kat 1/1.

Anda boleh search godox 860 II di lazada atau lelong. Harga dalam RM680. Sila praktis good judgment bila memilih seller.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>