Tip Lightroom – Cara betul memadam gambar dari LR

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya ingin berkongsi satu teknik yang sangat penting apabila kita mengurus gambar, iaitu menguruskan gambar yang perlu dipadamkan dari katalog lightroom.

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi proses yang saya sebutkan ini.

Berikut adalah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila menjalankan proses pembuangan gambar

  1. Gambar yang tidak diperlukan, tidak patut wujud dalam katalog lightroom kita.
  2. Gambar-gambar ini hanya mengurangkan ruang kosong dan menyusahkan kita apabila terlalu banyak, sehingga kita tidak ada space untuk gambar lain.
  3. Proses deletion sepatutnya bermula dari dalam kamera lagi, iaitu mengurangkan jumlah gambar yang blur, terlalu under atau over yang tidak boleh digunakan, atau gambar yang memang tidak diperlukan.
  4. Proses deletion perlu di buat lagi melalui lightroom, iaitu menyemak setiap satu gambar yang tidak memenuhi kualiti dan standard yang diperlukan.
  5. Proses backup adalah amat penting untuk dijalankan sebelum proses delete melalui Lightroom dijalankan. Backup perlu dibuat kepada medium storage lain, saya cadangkan external harddisk yang dedicated untuk backup saja, atau medium cloud storage di internet seperti Google Drive, Mega atau AWS. Proses ini penting supaya anda dapat recover fail yang hilang sekiranya anda terdelete gambar penting secara tidak sengaja.
  6. Komputer Kerja anda (workstation), sewajarnya cuma mengandungi gambar-gambar yang anda perlu saja, supaya anda boleh menjadikan komputer anda lebih ringan dan tidak “bloated” dengan gambar gambar “junk” yang takkan digunakan.
  7. Prestasi komputer anda akan bertambah baik jika anda mampu mengurus gambar gambar yang tidak diperlukan dengan baik.

CARA DELETE GAMBAR YANG BETUL MELALUI LIGHTROOM

  • Proses delete gambar perlu dijalankan melalui proses pengkatalogan.
  • Dalam proses ini anda hanya perlu tekan kekunci X pada keyboard anda, pada gambar gambar yang akan di delete. Penanda X bermaksud anda “REJECT” gambar tersebut.
  • Apabila anda telah menanda gambar tersebut dengan kekunci X, Lightroom akan menanda gambar ini sebagai REJECTED, dan anda boleh memadam semua gambar reject sekaligus, melalui menu Photo > Delete Rejected Photos, atau kekunci pantasnya, Ctrl + Backspace

Kelebihan Proses Flagging Ini

  • Apabila anda menggunakan proses flagging ini, anda boleh menanda dahulu gambar yang anda tidak mahu. Dan proses ini anda boleh buat sepanjang anda berkerja dengan koleksi gambar tersebut.
  • Apabila anda telah siap deliver gambar tersebut kepada customer, anda boleh jalankan proses Delete rejected photos ini.
  • Atau anda boleh jalankan proses delete ini, sebulan sekali.
  • Anda boleh menyemak semula apa yang anda mahu delete.
  • Komputer atau laptop anda akan menjadi lebih ringan, tidak bloated, dan harddisk space juga tidak membazir dengan gambar yang anda tidak mahukan.
  • Anda tidak perlu risau kerana anda telah backup dahulu dalam external harddisk atau cloud storage.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *