Aperture 1

Aperture

Aperture adalah bukaan iris lensa. Saiz aperture ini dikawal dengan nombor aperture seperti f/1.8, f2.8, f5.6 atau f11

Setiap jenis lens mempunyai kemampuan bukaan aperture yang berbeza. Seperti contohnya Lens kit seperti 18-55mm 3.5-5.6 mempunyai bukaan terbesar pada f3.5 pada focal length 18mm.

Aperture 2
Family portrait dalam studio menggunakan aperture f8 utk maksimumkan depth of field. DOf yang luas akan memastikan ketajaman pada setiap wajah. Tetapi f8 adalah bukaan aperture yang kecil dan memerlukan sokongan dari lampu studio yang kuat.

Semakin kecil nombor aperture bermakna bukaannya adalah lebih besar, jadi cahaya yang masuk kedalam lens dan jatuh pada sensor adalah lebih banyak lagi.

Lensa yang mempunyai bukaan aperture seperti f/1.4 atau f/2.8 dikategorikan sebagai fast lens, maksudnya bila aperture boleh dibuka dengan lebih besar, cahaya masuk lebih banyak, maka tempoh bukaan shutter speed juga boleh dikurangkan, maka bukaan shutter speed itu dikategorikan sebagai bukaan yang pantas atau fast.

Mengawal nombor aperture akan membantu kita mengawal 2 aspek penting dalam fotografi, iaitu
– Exposure
– Kreativiti

Exposure boleh digelapkan dengan membuka aperture yang kecil, dan boleh dicerahkan dengan membuka aperture yang besar.

Aperture yang kecil seperti f/11 akan memberikan depth of field yang luas. Oleh itu, apabila kita merakam landscape., exterior, interior, product, kebanyakan kita memerlukan aperture yang kecil untuk memastikan depth of field yang maksimum.

Aperture 3
Gambar portrait dengan aperture f/4

Aperture yang besar seperti f/1.4 akan memberikan depth of field yang nipis. Oleh itu apabila merakam event, portrait, seringkali kita menggunakan aperture yang besar seperti 1.2-2.8 supaya kita dapat mem’blur’kan latar belakang.

Aperture 4
Gambar portrait dengan aperture f/1.4 utk depth of field yang nipis

Apabila latar belakang gambar diatas blur, kita akan memastikan fokus akan tertumpu pada subjek yang berada dalam bahagian yang sharp.

Asas di atas ini adalah asas kepada teknik fotografi. Dimana kita perlu memahami teori teori fotografi dan teknikal penggunaan kamera supaya dapat menghasilkan gambar yang berkualiti setiap kali menjalankan tugas fotografi.

Aperture 5
Gambar landscape dengan aperture f/11

Gambar landscape selalu memerlukan aperture yang kecil untuk memaksimumkan depth of field. Proses pemilihan ini adalah satu proses kreativiti dalam fotografi.

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *